top of page

SEJARAH 

HISTORY

Sejarah bola tampar para di Malaysia bermula dengan lawatan ke Sukan FESPIC ke-7 di Bangkok pada Disember 1998 oleh En. Billy Lee untuk mengkaji dan mempelajari sukan bola tampar untuk orang kurang upaya ini.

History of ParaVolley began with a visit by Mr. Billy Lee to the Bangkok 7th FESPIC Games in December 1998 to study the game of volleyball for people with disabilities.

Billy Lee

Using badminton posts and a takraw net, Sitting Volleyball began in Malaysia

Selepas pulang dari Bangkok, beliau giat memperkenalkan sukan bola tampar duduk ini kepaada Malaysia dengan menganjurkan satu Bengkel Pengenalan Bola Tampar Duduk untuk orangramai di Pusat Pemulihan Orang Cacat Anggota di Cheras pada bulan Oktober 1999.

Upon his return from Bangkok, he began his endeavour by organising an Introductory Sitting Volleyball Workshop for the public at the Cheras Rehabilitation Centre for the Physically Disabled in October 1998

Pada April 2000, dengan kerjasama MAVA dan MPM, sekali lagi menganjurkan bengkel yang sama untuk mempromosikan sukan ini di Pusat Latihan Periindustrian dan Pemulihan, Bangi dimana para perta datang dari seluruh negara.

In April 2000, in collaboration with MAVA and MPM, he once again organised another workshop at the Bangi Rehabilitation and Industrial Training Centre where the participants came from all over Malaysia.

VIP – YB Dato’ Donald Lim

Far left– YBhg Dato’ Teong Teck Lai, SVA Deputy President

Dengan sokongan Persatuan Bola Tampar Selangor (SVA) dan MPM, Sukan Bola Tampar Duduk dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Paralimpiad ke-10 sebagai sukan pameran di UNITEN, Bangi pada Mei 2000. Hanya 3 pasukan; Selangor A, Selangor B dan Kuala Lumpur mengambil bahagian.

With the support of Selangor Volleyball Association and MPM, the Sitting Volleyball competition was held for the first time in the 10th Paralimpiad Games at UNITEN, Bangi in May 2000 where only 3 teams; Selangor A, Selangor B and Kuala Lumpur participated.

Perlawanan bola tampar duduk antarabangsa yang pertama diantara Selangpor dan Iran

The FIRST international sitting volleyball match between Selangor and Iran

Sukan ini bergerak selangkah ke depan menjadi sukan pingat dalam Sukan Paralimpiad Ke- XI pada bulan Mei 2002 di UPM dimana bilangan pasukan bertambah kepada 5, iaitu Kuala Lumpur, Perlis, Sarawak, Selangor dan Iran.

The sports developed further to become a Medal event in the 11th Paralimpiad Games in May 2002 which was held at UPM. Five teams participated, namely Kuala Lumpur, Perlis, Sarawak, Selangor and IR Iran.

Upacara Perasmian Pembukaan Sukan FESPIC Ke-VIII di Busan

Opening Ceremony of the 8th FESPIC Games in Busan

Pada Oktober 2003, pasukan lelaki bola tampar duduk Malaysia menyertai Sukan FESPIC VIII di Busan, Korea Selatan dipimpin oleh En. Lim Chee Keong, selaku Ketua Jurulatih.

In October 2003, the Malaysian Men Sitting Volleyball team participated in the 8th FESPIC Games in  Busan, Korea led by Mr Lim Chee Keong as the Chief Coach. 

Pada ketika yang sama, En. Billy Lee dipilih sebagai Pengarah Teknikal, Asia Oceania Volleyball for Disabled (AOCVD) dalam Mesyuarat Agung pertamanya pada 31 Oktober 2003.

On 31 October 2003, Mr Billy Lee was elcted as the Technical Director of the Asia Oceania Volleyball for Disabled (AOCVD) in their inaugural General Assembly.

            Sejak itu, usaha untuk memantapkan sukan para bola tampar giat dijalankan di Malaysia. Usaha untuk menubuhkan Persatuan Kebangsaan telah mengharungi pelbagai halangan disebabkan oleh kerana kurang pengetahuan dan persefahaman berkenaan sukan untuk orang kurang upaya. Permohonan penubuhan persatuan bermula pada tahun 2005 dengan ‘Persekutuan Bola Tampar Paralimpik Malaysia’ ditolak. Walau bagaimanapun, En. Billy tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk mendapat pengiktirafan. Hanya pada tahun 2010, Persatuan Bola Tampar OKU Malaysia mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia. En. LAM SONG SHEN menjadi Presiden pertama sehingga kini. (2010-kini)

Since then, more effort was made to establish the sports of para volleyball in Malaysia. The move to set up a national body to regulate the sports encountered many challenges due to the ignorance and lack of knowledge of sports for people with disabilities. The initial application to register ‘Malaysia Paralympic Volleyball Federation’ was rejected. However, this did not deter Mr. Billy and it was only in 2010 that the Malaysia Disabled Volleyball Association was eventually registered officially with the Sports Commissioner of Malaysia. The first President of MDVA was Mr. LAM SONG SHEN till this present day. (2010-now).

bottom of page